Skip to main content

Medina

Kemahiran memanahnya tinggi ! Mata bundar coklat itu tajam memberi tumpuan sepenuhnya pada papan latihan . Medina lekas melepaskan bidikan sejurus merasa yakin akan dirinya . Zaappp ! Anak panah itu laju membelah angin , mengenai tepat pada sasaran . Medina tersenyum puas lalu melepaskan busur ke tanah . kelihatan dari jauh beberapa batang anak panah menikam tepat pada bulatan-bulatan merah di setiap papan latihan . Bangga kerana mendahului yang lain , Medina bangkit dan mendekati Rayyan - pemandu peribadinya . 




"Balik ?" Soal pemuda itu . Berdiri tegak dan berada dalam posisi yang beradab . Anak majikannya itu dilayan baik .




"Tak . Sekejap lagi . Saya pun tak nak berlama-lama di sini, " jawab Medina . Matanya meliar ke padang memanah . Mencari seseorang . "Rayyan , jom kita balik . Buang masa saja ." Hampa kerana dia tiada .




"Baik Cik ," 





-----------------------------------------------------------------------------------





Medina menyarung sepatu formal . Sneakers disorokkan . Kotak biola di but belakang diambil dan dibimbit . Rayyan seakan mengerti lalu menyimpan kotak busur dan menyembunyikannya di sebalik kain hitam . Medina tersenyum .




Villa 3 tingkat itu tampak indah berlatar belakangkan mentari senja . Medina mencebik . Harta itu harta bapanya , bukan miliknya . Ianya tidak membanggakan kerana itu hasil keringat penat lelah Dato' Fiqri , usahawan berjaya Partama Inda . Medina mengeluh . Langkahnya diatur kemas menaiki anak-anak tangga .




Sunyi . Mungkin semua penghuni villa itu sedang berehat-rehat di bilik masing-masing . Medina berfikiran positif . Otaknya malas dikerah lagi kerana terlalu penat bermain busur lewat petang tadi . Kakinya menuju ke destinasi yang satu - bilik tidurnya ! Kotak biola diletak atas meja . Badan yang penat dihempas keras .






-----------------------------------------------------------------------------------





Alunan muzik yang dihasilkan menggamit hati . Azira - Kakak sulung Medina mula bertenggek di bilik adiknya itu . Dikenali sebagai Zee , dia lebih selesa melayani perasaannya pabila Medina membuat latihan biola pada setiap malam . Medina menjeling Azira melalui ekor matanya , kemudian kembali menghayati latihannya yang telah berjalan selama satu jam . Fokusnya mulai memudar pabila melihat kakaknya itu terlentok di lengan sofa , mata bundar itu mulai menyepet dan kuyu . 


Berhenti .


Azira mendongak memandang Medina yang telah menyimpan biola ke dalam kotak . Aih cepatnya dah habis ? Masakan begitu cepat Medina menamatkan latihan biolanya malam ini . Azira berkira-kira untuk melangkah keluar . Terpisat-pisat matanya dipaksa jua untuk mencari jalan keluar . "Sorry for bothering you , good night sis," . Jalannya ibarat si mabuk , terhuyung-hayang .




Kesian . 




Medina memandang kotak biola . Kosong pandangannya . Tiada sedikit pun minat dalam dirinya terhadap alat bertali itu . Sekadar memenuhi permintaan ibu bapanya , tidak lebih dari itu . Oleh sebab itulah Medina kebiasaannya lari dari latihan biola dan turun ke padang untuk latihan memanah . Minatnya memanah . Ya , busur dan anak panah itulah keseronokkan hidupnya . 




Namun segala aktiviti tersembunyinya itu di luar pengetahuan ahli keluarga . Masakan mereka akan membenarkan Medina bermain busur . Langsung tidak sopan dan kasar pada pendangan manusia . Ya , pada pandangan kasar mereka aku ini lembut dan sopan . Tapi tidak pada hakikatnya . Gumam hati Medina , gengamnya dikepal-kepal . Sifat lasaknya itu hanya terserlah ketika beraksi di padang busur .




Minatnya dalam aktiviti lasak itu tidak juga menganggu persembahannya sebagai pemain biola . Dia bersyukur kerana memiliki daya kefahaman yang tinggi . Kelas biola yang dihadirinya 3 kali seminggu (yang sepatutnya 5 kali seminggu) itu sudah memadai baginya . Dia juga sering menggunakan waktu senggang sepanjang perjalanan pulang untuk berlatih biola dalam kereta . Untunglah pemandu setianya itu seorang yang tidak kisah .




Sesalan sering bertandang di lubuk hati , kerana bertahun-tahun sudah dia merahsiakan hal ini . Namun ditepis kuat dengan alasan dirinya itu telah pun menuruti kehendak kedua orang tuanya walaupun giat bermain busur pilihan hatinya itu . Dia beranggapan bahawa semua itu okay kerana prestasinya dalam dunia biola tidak terjejas . Jika difikirkan , sekiranya Papa dapat mengesan perbuatannya selama ini , Rayyan juga tidak akan teragak-agak untuk diberhentikan kerja kerana dia turut terjebak dalam permainannya itu . 




Medina menggigit kuku , agak rasa bersalah . 




Perkara ini tidak boleh diketahui oleh orang lain ! Nekad Medina , untuk merahsiakan hal itu . Hal ini demikian kerana minatnya itu sudah tidak boleh dihentikan lagi . Biola . Segera Medina melarikan pandangan dari alat itu . 





Comments

penulis...ekk?? nk cuba la dlm blog qulam
Syaira Kayy said…
haha . suka tulis-tulis :)
Ammar Rosli said…
hahaha try to be a writer and a daie...youll be a good contributor in islam for sure
Ammar Rosli said…
haha maybe you can jenguk2 hasil tulisan Hlovate..sbb dia pon tulis novel online dulu2 sblumjd famous n dia juga tulis lbih kurang gini lah (hok dia sdak lagi tp gak) tp..its good ! for the newbie writer haha by the way good story2 jgn wat pnjg2 prnggan taku muak nk baca..wat simple2 jah sedak skit..
Syaira Kayy said…
yea hahaha . tp lau perenggan cikit tp ayat dlm setiap perenggan tu pjg lg la x lalu nk bace , ammar . eehehe . sje je ni nulis2 huk3 . xde kijor dekpom*
Ammar Rosli said…
haha ..gini lah buat satu blog khas utk buat article2 dop pon cerpen2 kalu nk hebat lagi ajak lah kwn2 biar buat satu blog yg khas utk tulis cerpen2 atau bahan2 ilmiah2 :D
Syaira Kayy said…
deme ajim wat gini ke??
Ammar Rosli said…
haha dok rajim agi tp rasa2 nk jgak..sbb ambe nk buat macam langit ilahi supo hilal asyraf tu..tp dia tu web ilmiah yg tarbawi.. tp ni web ttg karya2 spt cerpen puisi2 yang tarbawi..menjadi daie di alam maya
Ammar Rosli said…
dan mngkin karya2 yang boleh memberi ibrah kpd pmbaca..
Syaira Kayy said…
ambe nk wat tp xde pgtahuan mne utk selitkn benda2 islamik dlm tulisan ambe .,
Ammar Rosli said…
sbb tu kita kna bnyk mmbaca..tapi!!untuk mmbuat satu karya yang tarbawi dan dapat memeberi ibrah kpd pembaca..si penulis trlbih dahulu kena ubah diri..xkn lah smsa kita brkwah melalui penulisan kita tuh kita larang orang dari buat maksiat spt jgn lah kapel or janglah dating or etc..sbb bila kita ni sndiri ahli mksiat tp kita lrng org dr buat mksiat..kita pnya dkwah tu xjalan..tgk shja rasul kita..bukanke dia pnya akhlak baik?? sbb tu ramai org yg mnerima dkwah nabi kerana trtrikpd akhlak dia :)
Ammar Rosli said…
haha tp untuk mnghasillakn karya hok beri tarbiyah ni dop mmg kita prlu hadapi jerit perih untuk berubah..tp cuba demo fikir! bila kita hasilkan karya yg tarbawi dan bg ibrah hk baik2 ..bila ada org baca dan org ambil pngjran dr apa yg dia baca tu..dia amal..demo dpaat pahala!! ya PAHALA!! duit kita di AKHIRAT!! dan dia pon sebar apa yg dia dpt dr hasil krya demo dan org hok tu pom ambik pngjran drpd tu..org tu dpt phala dan demo pon buleh pahala tanpa kurang sikit pon..dan begitu juga selanjutnya...napok dop?? bukan ke macam multi level marketin?? kita akan dapat PAAHALA tnpa kurang sikit pon!!! masyaALLAH!! ini investment kita untuk akhirat kelak!

Popular posts from this blog

Bila Kau Makin Tua

Masa sekolah kau tak sabar-sabar nak habiskan sekolah dan jejak kaki keluar
Bila masuk uni @ kolej kau sedar hidup tak seindah drama TV
Masuk semester akhir kau dah mula berkhayal kerja dapat duit sendiri, boleh beli sana sini, enjoy!
Dah bergraduasi kau dah mula pening cari kerja, mau bayar hutang pengajian keliling pinggang
Tapi sedih peluang pekerjaan makin nipis, graduan berduyun tak macam zaman dulu
Masa ni kau rasa nak jadi budak balik, takde masalah, tak fikir nafkah, tak fikir masalah.


Why Are You So Fluffy , Robin ?

Assalamualaikum guys and gugurls . Selamat Hari Raya Aidil Adha .
Two days in row ; Ahad & Isnin . Sangat busy dan penat .




Jadual :


Ahad - Nasi Impit dengan Kuah Kacang .
Isnin (Today) - Nasi Lemak (makan pagi) + Mee Kuah Daging (sebelah tengah hari hingga ke malam ni) (Yummy! Dua-dua sedap sehingga makan pun bertambah-tambah) Oh no , memang berat akan naik T.T




P/S : saya hanya pembantu di sebalik tabir di dapur . main actress - my mom . haha . she cook a lot . Dua hari berturut-turut . Wish could be like her someday . Or maybe , in a better version . My own version . Syahirah Khalib , isteri mithali , amin .. Insya-Allah . Sape tak nak jadi isteri dan ibu mithali .




---------------------------------------

Okay , takde kaitan pun dengan tajuk entry ni bukan ? Sebab main point entry ni adalah kat perenggan ni . Haha . Si Robin sangat fluffy dan sangat sedap dipeluk-peluk bagai teddybear . (tak kisah dah Robin kotor ke tak , sebab memang dah lama memendam rasa ; geram sangat nak dukung and …

New Awkward Life

Heyya. Im having my semester break now. it will be about two months. Currently i am having my practical training. Strange to blend in in working environment but somehow i manage to go through for two weeks now. And the sisters and brothers are so friendly..thank you ;))


During my free time i spend my time playing Phoenix Wright Ace Attorney game. I has finished the first squeal. Now playing the second sequal on second issue concerning Maya and the nurse ghost. I stopped yesterday cz i am toooooo tired. Today I spend most of my time listening to smooth/slow jazz and watching Pinocchio *K-drama* Thumbs up ;)


Im not feeling so well. Feeling sick ;(
FYI its been a while i stopped playing The Sims 3 since i sent my laptop for cleanup *formatted*. Maybe i'll reinstalled em later. For now i have The Sims 4 installed but I've been focusing on other things. Mybe start focusing on building my life. And start leaving behind games and childplay.